Kisah Misteri Tanah Perkuburan, Kim Hyunjoo Kembali Dengan ‘The Bequethed’ Januari Ini

Movie
8 Jan 2024 • 12:01 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pelakon Kim Hyun-joo dan Park Hee-soon bersama dengan pengarah Yeon Sang-ho telah bekerjasama untuk sebuah projek.

Di mana, mereka akan mendedahkan kisah misteri yang tidak dapat diramalkan melalui siri terbaru Netflix iaitu “The Bequethed” yang akan dikeluarkan pada 19 Januari ini.

“The Bequethed” merupakan siri 6 episod yang diadaptasikan daripada webtoon dengan tajuk yang sama. Malah, siri ini juga telah diarahkan oleh pengarah Yeon Sang-ho yang terkenal dengan karyanya “Train To Busan” dan “Hellbound”.

Di dalam drama ini, Kim Hyun-joo akan memainkan watak protagonis sebagai Yoon Seo-ha, seorang wanita yang mewarisi tanah perkuburan selepas kematian mengejut bapa saudaranya.

image is not available

Manakala Park Hee-soon dan Park Byung-eun pula akan memegang watak sebagai pegawai polis yang cuba menyelesaikan kes-kes aneh dan sekali gus membongkar kebenaran disebalik tanah perkuburan keluarga Yoon Seo-ha.

Pengarah drama ini berkata,

Cerita ini akan terungkap dalam cara yang tidak dapat diramalkan dan ianya akan penuh dengan suasana ngeri dari segi visual dan emosi manusia. Malah, ianya juga akan menunjukkan unsur tradisi Korea.

Macam menarik je drama ni kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article