Kisah Pengusiran Syaitan, Song Hyekyo, Jeon Yeobeen & Lee Jinwook Sah Terajui Spin-Off Filem ‘The Priests’

16 Feb 2024 • 11:18 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siap sedia semua, ramai pelakon hebat akan menemui penonton dengan naskhah baru!

Terbaru, filem popular yang ditayangkan pada 2015 iaitu “The Priests”, telah mengumumkan keluaran spin-off berjudul “Dark Nuns”.

Untuk pengetahuan, “Dark Nuns” akan diterajui Song Hye-kyo, Jeon Yeo-been dan Lee Jin-wook, membawa kisah biarawati yang melakukan eksorsisme.

Dalam drama ini, Song Hye-kyo akan membawa watak sebagai Sister Junia, seorang biarawati yang berani dan tegas, yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki.

image is not available

Seterusnya Jeon Yeo-been akan tampil sebagai Sister Michaela, juga seorang biarawati yang ingin tahu tentang Sister Junia. Meski dalam situasi mengelirukan, dia tetap mengambil keputusan untuk membantu wanita itu.

Manakala Lee Jin-wook pula akan menghidupkan peranan sebagai Bapa Paolo, seorang paderi dan pakar psikiatri yang percaya bahawa ‘ubat’ boleh menyembuhkan budak lelaki itu.

Sementara itu, “Dark Nuns” akan memulakan penggambaran pada 22 Februari ini. Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article