Kisah Sang Kancil ke layar perak

LocalEntertainment
28 Dec 2024 • 5:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

FILEM terbaru terbitan Les’ Copaque Production, Dongeng Sang Kancil, yang mula ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu, merupakan animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dengan kesan khas 2D.

Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md. Radzi, Dongeng Sang Kancil adalah kisah klasik Kancil yang diberi wajah baharu.

Advertisement“Dongeng Sang Kancil menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa. Selain penceritaan penuh keterujaan dan menyeronokkan, visual berkualiti tinggi filem ini turut membawakan babak aksi mendebarkan.

“Naskhah ini menampilkan watak utama ‘Sang Kancil’, haiwan popular dalam cerita rakyat yang sinonim dengan simbol kepintaran. Kini, karakter ini diangkat ke layar perak untuk tatapan generasi baharu