Kisah seorang kanak-kanak trauma kehilangan ibunya.

28 Sep 2024 • 2:30 PM MYT
MissWhite PrincesZIE
MissWhite PrincesZIE

Pastry is golden life. I teach pastry and always strive to be creative

image is not available
Gambar sekadar hiasan: BBC

Cemburu adalah punca yang menyebabkan kanak-kanak yang berusia 2 tahun trauma menghadapI kehilangan. Bukan sahaja ibunya dibunuh, nenek dan kakaknya juga dibunuh. Dalang pembunuhan ini adalah ayahnya sendiri. Pembunuhan ini berlaku di rumah mereka.

Kerana cemburu, bekas suami membunuh bekas isteri, ibu mertua dan saudara perempuannya, malah turut membunuh diri sendiri dalam kejadian sebuah rumah di Bangkok pada Sabtu lalu.

Pasukan polis dan penyelamat menemukan mayat wanita, Jaruayporn Faengrit, 50 tahun yang mati dalam keadaan terbaring di atas katil dengan dua kesan tembakan di badan. Disebelahnya terbaring mayat anak perempuannya Khalita Faengrit, 28 tahun dengan dua kesan tembakan di kepala. Mayat suspek, Noppadol Unthasee, 55 tahun iaitu bekas suami Khalita ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan tembakan di mulut.

Satu lagi mayat dikenal pasti sebagai Phonphiphat Thongyot, 18 tahun ditemukan di dalam bilik air dengan kesan tembakan dikepala. Polis percaya tembakan itu bermotifkan cemburu selepas Noppadol mengetahui bekas isterinya mempunyai hubungan dengan orang lain.

Pihak berkuasa tiba di rumah itu dan menemui 4 mayat sekaligus. Namun dipercayai seorang kanak-kanak berusia dua tahun iaitu anak Noppadol dan Khalita, ditemui dalam keadaan trauma dan menggeletar di sisi mayat ibunya kerana masih terkejut dengan kejadian yang berlaku depan matanya.

Khalita mempunyai dua anak daripada perkahwinan sebelum berkahwin dengan Noppadol. Dia mempunyai seorang anak perempuan dengan Noppadol yang tinggal di Nong Khai yang mana bekas suaminya memiliki sebuah resort di pesisir Sungai Mekong.

Kejadian ini akan menyebabkan kanak-kanak yang baru berusia dua tahun menjadi anak yatim piatu sekelip mata dan memberikan kesan trauma yang sangat dalam. Hal ini boleh kita jadikan pengajaran untuk diri sendiri bahawa perkahwinan dan perceraian sangatlah penting menguruskannya dengan baik antara kedua-dua belah pihak agar tidak berlaku kesalahfahaman dan persengketaan sehingga menyebabkan pembunuhan seperti ini. Semua orang tidak sepatutnya menghadapi kejadian seperti ini usia muda yang belum merasakan nikmat dunia tanpa kedua-dua ibu dan bapa disisi.


MissWhite PrincesZIE adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.