Mangsa keganasan rumah tangga di Malaysia dinasihatkan menyediakan Kit CeKaL (Kit Tindakan Cemas, Kemas dan Lari) sebagai langkah persediaan yang boleh dirujuk menerusi laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) https://kpwkm.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kit ini.

Keganasan Rumah Tangga Di Malaysia
Di Malaysia, perlindungan terhadap mangsa keganasan rumah tangga telah diperuntukkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), yang telah dipinda untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan.
Akta ini membolehkan mangsa mendapatkan beberapa bentuk perintah perlindungan seperti Perintah Perlindungan Sementara (IPO), Perintah Perlindungan (PO), dan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO).
EPO boleh dikeluarkan tanpa memerlukan laporan polis dan boleh dipohon secara langsung melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan segera dalam tempoh 7 hari.
Mengenai Kit CeKaL
Kit CeKaL (Kit Tindakan Cemas, Kemas dan Lari) diperkenalkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita sebagai panduan kecemasan kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Kit ini juga merupakan satu beg yang disediakan lebih awal oleh mangsa sebagai persediaan untuk melarikan diri dengan cepat apabila berlaku situasi yang berbahaya atau mengancam nyawa.
Ini kerana ramai mangsa keganasan rumah tangga tidak berpeluang untuk bersuara atau melarikan diri tepat pada waktunya akibat ugutan, kawalan dan tekanan berterusan.
Oleh itu, kit ini boleh menjadi penyelamat kepada mangsa apabila berpeluang untuk melarikan diri. Ingat, persiapan adalah perlu bagi mengelakkan daripada terperangkap semula.
Tujuan Kit CeKaL
Tujuan kit ini adalah seperti berikut:
- Memberikan jalan keluar pantas tanpa perlu berkemas pada saat kecemasan.
- Menyimpan dokumen penting dan keperluan harian untuk meneruskan hidup sementara mendapatkan bantuan.
- Mengurangkan risiko dan bahaya semasa proses meninggalkan rumah.
Barangan Dalam Kit CeKaL
Barangan yang perlu ada dalam kit ini adalah seperti berikut:
- DOKUMEN PENTING (Salinan jika tidak boleh bawa asal)
– Kad pengenalan (IC), sijil kelahiran, pasport
– Surat nikah / perceraian
– Kad bank / buku bank
– Dokumen kewangan / dokumen hak penjagaan anak
– Lesen memandu
– Kad pengenalan anak-anak
– Bil Utiliti
– Resit pembelian barangan dapur/ bayaran tanggungan - KEWANGAN
– Wang tunai secukupnya
– Kad debit / kredit (jika ada) - PAKAIAN DAN KEPERLUAN PERIBADI
– Pakaian harian untuk 2–3 hari
– Pakaian dalam, stokin, kasut, tudung (jika perlu)
– Produk kebersihan diri (ubat gigi, sabun, tuala wanita, dll.)
– Lampin dan susu anak (jika ada anak kecil) - TELEFON BIMBIT & PENGECAS / POWERBANK
- UBAT-UBATAN PENTING / PRESKRIPSI
- MAKANAN KERING RINGAN (Snackback yang tahan lama)
- BARANG PERMAINAN KECIL/ BUKU UNTUK ANAK
- SENARAI NO TELEFON ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI (KELUARGA/RAKAN)
- SALURAN ADUAN
– Talian Kasih 15999 (Whatsapp 019 261 5999)
– Talian Heal 15555
– Talian Teledera 1800 88 3040
– Talian Kecemasan (Polis/Bomba/Pertahanan Awam/Hospital) 999 - TEMPAT SELAMAT UNTUK MANGSA KRT
– Rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (dapatkan EPO)
– Masjid Transit
– Rumah Perlindungan NGO (contoh: IKRAM, Teratai)

Cara Pengendalian
Untuk mengendalikan kit, sila ikuti cara-cara berikut:
- Simpan di rumah rakan/keluarga dipercayai, pejabat, atau tersembunyi dan berhampiran dengan pintu/ di dalam kenderaan.
- Sembunyikan dengan kreatif tetapi mudah diakses ketika kecemasan.
- Semak kandungan beg dan pastikan kemaskini jika perlu.
- Jangan simpan beg ini di tempat yang boleh dikesan oleh pelaku (contohnya dalam almari utama).
Muat Turun Panduan Kit CeKaL
Kit CeKaLDownloadSoalan Lazim
Apakah akta yang memperuntukkan mengenai keganasan rumah tangga?Keganasan rumah tangga adalah di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Apakah yang dimaksudkan dengan Kit CeKaL?Kit ini adalah sebagai panduan kecemasan kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Apakah tujuan utama kit ini?– Memberikan jalan keluar pantas tanpa perlu berkemas pada saat kecemasan.
– Menyimpan dokumen penting dan keperluan harian untuk meneruskan hidup sementara mendapatkan bantuan.
– Mengurangkan risiko dan bahaya semasa proses meninggalkan rumah.
– Dokumen
– Kewangan
– Pakaian dan Keperluan Peribadi
– Telefon Bimbit & Pengecas / Powerbank
– Ubat-Ubatan Penting / Preskripsi
– Makanan Kering Ringan (Snackback Yang Tahan Lama)
– Barang Permainan Kecil/ Buku Untuk Anak
– Senarai No Telefon Orang Yang Boleh Dipercayai (Keluarga/Rakan)
– Saluran Aduan
– Tempat Selamat Untuk Mangsa KRT
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kit ini, sila layari laman web https://kpwkm.gov.my/.
Baca juga: Beli Rumah vs Sewa Rumah: Mana Lebih Bijak?


