

iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.
Kit ini adalah satu pakej pengubahsuaian rasmi lengkap yang direka selain membolehkan pemilik mengubah SUV off-road elektrik sepenuhnya mereka menjadi penghormatan abadi kepada rekaan lasak klasik.
Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, iCAUR Malaysia turut mengumumkan harga istimewa sebanyak RM18,888 untuk Edisi Retro, namun ia terhad kepada 88 set.
Kit ini tersedia untuk pemilik V23 sedia ada serta pelanggan baharu, dengan proses tempahan dan pemasangan profesional dikendalikan melalui semua pengedar sah iCAUR di seluruh negara.
Untuk makluman, Retro Bodykit direka untuk individu yang menginginkan rekaan luaran klasik yang penuh ekspresi. Kit ini menekankan siluet V23 yang berani dan berkotak, menggabungkan warisan kenderaan off-road ikonik dengan prestasi elektrik moden.
Bagi memastikan kualiti dan ketahanan, pakej Retro Bodykit didatangkan dengan jaminan selama 12 bulan, manakala sidestep bersepadu dilindungi dengan jaminan lanjutan selama 18 bulan.
Mengenai iCAUR V23, a ditawarkan dalam dua varian:
Kedua-dua varian hadir dengan pilihan warna menarik termasuk Off Road Orange, Khaki White, Army Green, Slate Silver, Gravel Grey dan Carbon Black, semuanya dilengkapi dengan interior kulit hitam premium.
Bagi yang berminat, iCAUR V23 ini hadir dengan Waranti Kenderaan 7 Tahun / 150,000 km, Waranti Bateri dan Unit Pacuan 8 Tahun / 160,000 km, Jaminan Penggantian Bateri: Penggantian satu-ke-satu sekiranya Tahap Kesihatan (SoH) menurun di bawah 70% sepanjang tempoh waranti.
Aksesori Percuma: Setiap V23 didatangkan dengan kabel V2L dan pengecas mudah alih sebagai kelengkapan standard.

