Kit Pemula Starlink Kini Boleh Dibeli Melalui Senheng Pada Harga RM2300

TechnologyDigital
18 Mar 2024 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan internet Starlink sudahpun berada di Malaysia untuk sekitar setahun, tetapi sebelum ini untuk membelinya anda perlu ke laman web Starlink dan anda perlu menunggu untuk satu jangka masa sebelum ia dihantar kepada anda.

image is not available

Terkini, kedai elektronik tempatan Senheng sudahpun mula menawarkan kit pemula Starlink ini di kedai-kedai mereka pada harga yang sama dengan laman web Starlink, iaitu RM2300. Melalui laman web Senheng, anda boleh memilih untuk membeli terus dari kedai-kedai mereka di seluruh Malaysia dan boleh meminta ia untuk dihantar kepada anda, ataupun anda boleh memilih untuk mengambilnya sendiri dalam jangkamasa 3-5 hari bekerja.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh memilih untuk membayar untuk kit pemula ini secara penuh, ataupun menggunakan skim bayaran mudah 36 bulan, menggunakan kad kredit ataupun perkhidmatan Senheng ataupun Grab PayLater. Jika anda merupakan ahli PlusOne, jangkamasa skim ini boleh dilanjutkan ke 60 bulan.

image is not available

Pembelian ini tidak termasuk dengan langganan bulanan perkhidmatan internet Starlink, dan untuk itu, anda perlu mendaftar sendiri di laman web Starlink. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran ini, anda boleh melayari laman web Starlink Senheng.