Kit Starlink Mini Kini Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Malaysia – Fokus Penggunaan Untuk Internet Asas

LocalTechnology
22 Sep 2025 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Starlink merupakan perkhidmatan internet berasaskan satelit, dan telah ditawarkan di Malaysia. Dengan penawaran berasaskan satelit, ia sekaligus memudahkan pengguna menggunakan internet walaupun dalam kawasan pedalaman, atau sukar dicapai oleh rangkaian telekomunikasi sedia ada.

Terbaru, pihak Starlink turut menambah penawaran satu lagi kit untuk pengguna tempatan, iaitu Starlink Mini. Ia hadir dengan saiz yang lebih kompak, dan memfokuskan penawaran aplikasi internet asas, dan boleh dibawa dengan mudah ke mana-mana.

image is not available

Berbanding dengan Starlink Standard yang menawarkan liputan sekitar 297m² kawasan, Starlink Mini hanya menawarkan liputan sekitar 112m² . Starlink Standard juga hadir dengan penghala tambahan, dan disyorkan untuk penggunaan internet seperti penstriman, panggilan video dan sebagainya.

Kit Starlink Mini ini ditawarkan pada harga RM930 di Malaysia, sementara kit Starlink Standard pula ditawarkan pada harga RM1600.

Untuk makluman, pengguna masih perlu mendapatkan langganan internet secara berasingan daripada pembelian kit ini, dimana Starlink Kediaman Lite ditawarkan pada harga RM129 sebulan, dan Starlink Kediaman ditawarkan pada hagra RM220 sebulan.