“Kita Ada Banyak Bukti..” – Lelaki Ini Dakwa Vaksin Sebabkan HIV, Nak Saman KKM RM5 Juta

LocalPolitics
30 Apr 2025 • 1:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki mencetuskan kontroversi di media sosial selepas membuat dakwaan mengejutkan bahawa individu yang menerima suntikan vaksin berisiko dijangkiti penyakit seperti HIV.

Lelaki yang menggunakan nama Mohamad Zolkefli di Facebook menyuarakan dakwaan tersebut dan mengajak orang ramai supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

image is not available

“Orang yang kena jangkitan HIV akibat vaksin, jom kita kumpul ramai-ramai saman KKM seorang RM5 Juta. Kita kumpul duit lantik peguam, kita ada banyak bukti,” tulisnya.

Tindakannya mengundang persoalan ramai yang mempersoalkan rasional kenyataan tersebut serta motif mahu menyaman KKM.

Di ruangan komen, Zolkefli turut memberi penjelasan mengapa beliau berpendapat bahawa suntikan vaksin boleh membawa kepada jangkitan HIV.

image is not available

Namun begitu, adalah penting untuk tidak menyebarkan atau membuat sebarang kenyataan berhubung sesuatu perkara yang belum disahkan kesahihannya atau tidak dibuktikan secara saintifik oleh pakar.

Kenyataan seumpama ini boleh mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat dan menyumbang kepada penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Saya Awalnya Teruja, Ia Terlalu Sama!" - Lelaki Ini 'Beli Semula' Keretanya Yang Pernah Dicuri