“Kita ada misi lebih penting daripada masuk campur hal rumah tangga orang lain” -Zizi Kirana

LocalEntertainment
23 Oct 2025 • 11:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menyuarakan pendapat berkaitan dengan isu yang sedang berlegar-legar di media sosial kebelakangan ini terutamanya berkaitan hal rumah tangga orang lain.

Hal rumah tangga orang lain tak perlu diperdebatkan

Memetik perkongsian Zizi di platform Thread, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, telah menyuarakan rasa kurang senang dengan perkara tersebut apabila merasakan ia sebagai sesuatu yang tidak wajar lebih-lebih lagi dengan adanya hal yang lebih penting seperti keadaan di Palestin.

“Kita ada misi yang lebih penting daripada masuk campur dan komen tentang rumah tangga orang lain,” ujarnya.

image is not available

Doakan yang terbaik untuk rumah tangga orang lain

Dalam pada itu, dia juga menyatakan lebih elok andai kita memberikan doa yang baik-baik kepada mereka dan kembali fokus terhadap hal kemanusiaan yang jauh lebih utama.

“Cukup doakan yang baik-baik. Sekarang tolong fokus. Cerita tentang Palestin. Sebarkan tentang Palestin!” katanya.

image is not available

Tak perlu ambil tahu tentang orang bercerai berai

Perkongsian daripada Zizi telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata bersetuju dengan kenyataan dibuat oleh aktivis Global Sumud Flotilla itu kerana hal rumah tangga mana-mana pihak terutamanya selebriti tidak seharusnya terus-terusan diperdebat.

image is not available

Ada hal yang lebih penting perlu diambil tahu

image is not available

Pelik-pelik je netizen

image is not available

Sumber: Thread zizi_kirana