Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang mengajak rakyat Malaysia untuk terus memperkukuh keharmonian negara dengan memahami bahawa kepelbagaian kaum dan budaya bukan satu pemisah, tetapi pengikat perpaduan yang sebenar. Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu hantaran di platform X apabila turut menyertakan sekali video sebuah keluarga yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia duduk makan di meja yang sama dengan penuh harmoni. Ini adalah Malaysia yang sebenar! Ayuh jadikan Malaysia Harmoni. Difahamkan, video terbabit adalah keluarga pengguna TikTok dikenali sebagai hajarangelique yang berkahwin dengan seorang lelaki Cindian, dimana ibunya berbangsa India, manakala bapa pula merupakan masyarakat Cina. Dalam video tersebut, hajarangelique yang berbangsa Melayu telah berkahwin dengan bukan Melayu dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata, tetapi masih menjaga hubungan erat dengan keluarga suami. Bukan senang nak ajar byk bahasa ya, tapi kita cuba. Kalau husband fasih ckp 6 bahasa, hopefully my kids will inherit that too #fyp #foryou #foryoupage #fypageシ #keluargamalaysia Susulan itu, Aaron dalam kenyataannya lagi memberitahu bahawa sejarah telah membuktikan Malaysia berjaya kerana rakyatnya mampu duduk bersama meskipun berbeza latar belakang. Dengan sikap Faham, Hormat & Terima, perpaduan dapat diperkukuh, sekali gus menjadikan Malaysia lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat global. Artikel lain: Isu persenda nabi: Menteri Perpaduan tegaskan tiada kompromi buat penghina agama Jadi, menerusi contoh yang dikongsikan, beliau menegaskan bahawa keunikan Malaysia bukan sekadar pada kepelbagaian budaya, tetapi bagaimana rakyatnya dapat bersatu atas dasar hormat-menghormati dan saling memahami. Mesej yang disampaikan oleh Aaron sememangnya cukup jelas untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan lagi keharmonian negara dengan saling memahami antara satu sama lain. Semoga kita sama-sama dapat memelihara keutuhan sebagai masyarakat yang sangat bertoleransi dan saling menghormati setiap agama, bangsa serta kepercayaian masing-masing Sumber: X Aaron Ago Dagang, TikTok hajarangelique
Menteri Perpaduan kongsi contoh keluarga berbilang bangsa
“Ini adalah Malaysia yang sebenar! Ayuh jadikan Malaysia harmoni,” katanya dengan menyeru rakyat agar menolak persengketaan dan menjadikan keharmonian sebagai keutamaan.
Bukti nyata bahawa kepelbagaian mampu menjadi pengikat keharmonian.
Ini harus menjadi inspirasi kepada semua. Sama-sama kita harmonikan Malaysia, tolak persengketaan.
Walaupun kita berbeza, tetapi kita mampu… pic.twitter.com/dwvHfLnvRfMenteri Perpaduan jadikan keluarga ini contoh keharmonian
Sikap Faham, Hormat & Terima perkukuh hubungan

Perpaduan aset terbesar negara
“Inilah aset terbesar kita. Kejayaan Malaysia bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Sama-sama kita harmonikan Malaysia,” tambahnya.

