'Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan' - Johari

Politics
30 Nov 2023 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Johari ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sekali lagi mengulangi pendirian beliau tidak memihak kepada mana-mana blok ahli Parlimen ketika mempengerusikan persidangan.

Tegas bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu, apa yang menjadi keutamaannya ialah memastikan isu berkaitan rakyat dapat dibahaskan dan diselesaikan dengan sebaiknya.

“Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan. Saya kena betul-betul uruskan (ruang perbahasan) kerana masa rakyat hantar (pilih) kita, mereka hendak produktiviti.

“Kalau saya melayan semua (perkara yang dibangkitkan) tidak boleh sebba itu kita kena tegas. (Sebab) bila saya kata duduk sekali (tetapi) tidak duduk, dua kali tidak duduk (juga), saya kena pakai nombor kerana kita kena adil,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang tidak berpuas hati apabila peraturan mesyuarat yang dibangkitkan supaya memberi perlindungan kepadanya ditolak.

Awang membangkitkan peraturan tersebut bagi meminta perlindungan Dewan Rakyat kerana mendakwa dirinya diugut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal susulan membuat kritikan terhadap wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan secara terbuka menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya hendak minta dengan Yang Dipertua janganlah terlalu keras dengan saya (tapi) dengan Hulu Langat buat apa pun tidak mengapa tetapi dengan saya panggil untuk halau saya. Tidak boleh macam tu.

“Saya ada hak. Saya tengok Speaker amat emosi dengan saya,” katanya.

Menjawab perkara itu, Johari menafikan beliau bersikap sedemikian sebaliknya sentiasa berusaha untuk adil kepada semua ahli Parlimen.

Sehubungan itu, beliau juga meminta Hashim membuat usul untuk diteliti berhubung dakwaan dirinya diugut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved