“Kita Bukan Tak Kaya, Kita Salah Negara” – Hanya Harap Bakal Suami Bergaji RM2300, Gadis Rusia Raih Perhatian

Family & Parenting
25 Jun 2024 • 2:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan, kebanyakkan wanita pada zaman ini mahukan pasangan mereka mempunyai kewangan yang stabil serta mampu menampung keluarga di masa depan.

Disebabkan itu, topik gaji kaum lelaki merupakan satu isu yang sangat sensitif untuk dibahaskan, kerana terdapat sesetengah wanita didakwa mahu gaji bakal suami cecah hingga RM15,000 agar dapat hidup selesa.

Wanita Rusia tarik perhatian ramai

Tetapi, berbeza pula dengan jawapan wanita asal Rusia ini apabila dia menyatakan gaji yang perlu kaum lelaki perlu ada jika mahu mengahwini gadis Rusia.

Tak begitu penting berapa banyak gaji sebulan seorang lelaki perlu ada, tapi ia mesti cukup untuk menampung semua perbelanjaan harian. Jadi lebih kurang dalam 500 dollar (RM2,347.07).

Tak perlukan bakal suami gaji berbelas ribu

Kata gadis itu lagi, seseorang lelaki yang mengahwini gadis Rusia perlu memberi sedikit wang kepada keluarga bakal isteri sebanyak 200 dollar (RM942.40), di mana duit itu akan digunakan untuk majlis perkahwinan mereka.

Untuk majlis kecil yang melibatkan keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat, ia bernilai 700 dollar (RM3,298.40).

Susulan video tersebut telah tular di platform TikTok, rata-rata netizen, terutamanya daripada kalangan lelaki bercadang untuk mengahwini wanita Rusia kerana tidak materalistik.

image is not available

image is not available 3 months ago

Sebagai 'Gaji' Isteri Sepanjang Jadi Suri Rumah, Mahkamah Wajibkan Suami Bayar Wang Pampasan RM450K