Kita buta warna kulit! Onn Hafiz sangkal tuduhan pemimpin rasis

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 11:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang bersifat rasis, sebaliknya menegaskan komitmennya untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Johor tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Tuduhan dimainkan pihak tertentu

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Menteri Besar Johor itu menyatakan, tuduhan berkenaan sengaja dimainkan pihak tertentu yang didakwanya ketandusan modal untuk berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Dalam kita hendak bangunkan negeri ini, ada sahaja suara individu yang dahulunya tidak pernah kelihatan di negeri ini tetapi datang cuba menghasut masyarakat Tionghua.
“Macam-macam saya difitnah, kata saya pemimpin rasis tetapi sebenarnya mereka tiada modal. Tetapi di sini saya mahu tegaskan BN bukan parti rasis sebaliknya kita buta warna kulit.
“Saya bukan pemimpin rasis, saya pemimpin untuk semua. Jadi mesej saya untuk masyarakat Tionghua di negeri ini, saya sedia bekerjasama dengan anda untuk majukan Johor,” katanya.

Image from: Kita buta warna kulit! Onn Hafiz sangkal tuduhan pemimpin rasis

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perjumpaan Menteri Besar Johor Bersama Komuniti DUN Johor Jaya di Plentong, pada Isnin.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata masyarakat Cina di Johor perlu melihat pencapaian kerajaan negeri pimpinan Onn Hafiz yang menurutnya berjaya membawa pelbagai pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

“Banyak kejayaan yang kerajaan negeri sedia ada telah capai, sama ada melalui pembangunan atau ekonomi. Antaranya termasuklah kemasukan pelaburan luar berjumlah RM110 bilion pada tahun lalu,” katanya.

Image from: Kita buta warna kulit! Onn Hafiz sangkal tuduhan pemimpin rasis

Sumber: Sinar Harian 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved