‘Kita dah cakap baik-baik, keluar’ – Tular video jurugambar bebas ditahan Polis Bantuan KLCC kerana enggan beri kerjasama

2 Oct 2023 • 9:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isu lambakan jurugambar bebas di kawasan tumpuan pelancong KLCC, seperti tiada kesudahannya. Walaupun pernah ditular dan disiarkan di kaca televisyen, namun kehadiran golongan ini tetap tidak berubah.

Hal ini membuatkan ramai yang meluahkan rasa kurang selesa. Selain menggenakan harga perkhidmatan yang tidak munasabah, orang awam turut mendakwa mereka seolah-olah dihalang daripada merakam gambar menggunakan lensa sendiri.

Setiap gambar yang diambil pasti akan ada di antara mereka yang memasuki ruang gambar, sekali gus merosakkan pemandangan.

TikToker dakwa Polis Bantuan maki saspek

Terbaru tular video di media sosial yang menunjukkan seorang jurugambar bebas ditahan oleh sekumpulan polis bantuan KLCC. Menurut sumber, saspek ditahan kerana enggan memberikan kerjasama ketika diminta beredar dari kawasan tersebut.

Menurut TikTok Azman Amil, polis bantuan KLCC terdahulu meminta saspek keluar daripada kawasan tersebut yang dipercayai kawasan larangan untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Tetapi, Azman mendakwa polis bantuan telah memaki hamun saspek yang mencetuskan pergaduhan di antara mereka.

“Polis Bantuan halau keluar jurugambar dari kawasan KLCC. Tapi dengan cara memaki hamun. Kalau iyapun, janganlah sampai cakap p#kimak, anjing tiada telur,” katanya.

@azmanamil

SEBAB pergaduhan,polis bantuan halau keluar juru gambar dari kawasan klcc,tapi dengan cara memaki hamun.kalau iyapun jgn la sampai cakap puki mak,anjing tiada telur#fyp #klcc_twintower #polisbantuan #malaysia

♬ original sound – Azman Amil – Azman Amil

Berdasarkan video, salah seorang anggota polis bantuan menjelaskan dia sudah meminta mereka keluar dari kawasan itu secara baik, tetapi tidak diendahkan.

Tidak beberapa lama selepas itu, saspek pula menyatakan perasaan tidak puas hatinya dengan anggota berkenaan yang menunjuk-nunjuk ke arahnya.

Saspek kemudian ditahan, tetapi beberapa individu yang dipercayai rakan kepada saspek bertindak menghalang sekumpulan anggota berkenaan menjalankan tugas.

Saksi dakwa Polis Bantuan tak bersalah

Sementara itu, seorang saksi yang berada di lokasi kejadian mendakwa, jurugambar berkenaan diminta beredar oleh polis bantuan berkenaan secara baik. Tetapi respon yang diterima pula sebaliknya.

image is not available

“Aku ada di situ masa tu. Dihalaunya pun cara baik. Kamu (saspek) pula terus memanas (baran). Bukan salah Polis Bantuan,” kata Abang Hensam.

Sumber: TikTok

View Original Article