“Kita Dah Elok Senyap, Member Mengeliat Cakap Benda Busuk Bangkai” – Status ‘Berang’ Kak Lina Tuju Untuk Siapa?

16 Oct 2023 • 9:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, melalui Instagram Story yang dimuat naik oleh selebriti, Elly Mazlein, semalam, telah menarik perhatian ramai susulan status yang dibuat seolah-olah sedang memerli seseorang.

Melalui status tersebut, Elly atau mesra dipanggil sebagai Kak Lina berkata dirinya terlepas melepaskan tanggungjawab untuk memberi ‘laluan’ agar seorang individu ini selesa membuat kerjanya.

Kak Lina juga berkata soal rezeki tidak perlu diperbesar-besarkan hingga menjadi gaduh kerana semuanya sudah di atur cantik oleh Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SaraAzlan (@iamellymazlein)

Mengalah tak semestinya kita kalah, kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan pilih bahagia.

Dalam pada itu, Kak Lina juga seakan-akan memerli seseorang kerana dalam status tersebut dia menyatakan biarpun dirinya sudah sedaya upaya mendiamkan diri dari bersuara, individu itu tetap mahu berkata buruk.

Sekadar info, Kak Lina membuat keputusan untuk undur diri dari menjadi hos program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu lalu dan keputusannya itu membuatkan ramai pihak berasa terkejut, termasuk rakan setugas, Nabil Ahmad.

image is not available 5 days ago

"Saya Sendiri Tak Tahu Apa-Apa" - Kak Lina Undur Diri Jadi Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Baru Tahu