‘Kita mudahkan kerja bini.’ Gelagat Syamel terkial-kial sidai baju sambil live dipuji rajin bantu isteri

Music
3 Oct 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
ERNIE-SYAMEL

‘Kita mudahkan kerja bini.’ Gelagat Syamel terkial-kial sidai baju sambil live dipuji rajin bantu isteri.

BERUNTUNG jika dapat suami ringan tulang kan? Sama-sama uruskan rumah tangga termasuklah bab mengemas, mencuci, mahupun menguruskan anak.

image is not available
Syamel dan Ernie bersama buah hati kesayangan mereka, Nur Khawla Soleha.

Bukan apa, bukan sekadar rumah dapat diurus dengan cepat, kasih sayang di antara suami dan isteri juga semakin bertaut.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Syamel menerusi medium TikTok miliknya memuat naik sebuah video yang mencuit hati.

Menerusi rakaman tersebut, suami kesayangan Ernie Zakri itu dilihat sedang menyidai pakaian yang sudah siap dicuci sehingga meraih komen dan perhatian ramai.

image is not available

Video pendek tersebut memaparkan Syamel seolah-olah pening, terkial-kial dan asyik bertanyakan kepada isterinya, Ernie Zakri sama ada caranya itu betul atau tidak.

Gelagat penyanyi yang terkenal dengan lagu Ada Cinta, nyanyian duet bersama isterinya itu cukup menghiburkan.

image is not available

Malah, rata-rata warga maya memuji ayah kepada Nur Khawla Soleha itu kerana sangat rajin dan mahu membantu meringankan urusan isterinya di rumah.

Berikut antara petikan kata-kata mereka:

“Rajin Syamel tanya Ernie apabila tidak tahu. Takut kena sembur.”

“Walaupun kelakar, tetapi bagus sebab meringankan beban isteri.”

“Rajin betul. Kalau suami saya, nampk baju jatuh pun tunggu arahan angkat, barulah angkat.”

image is not available

“Baguslah siap minta izin, yang ini sidai begini, yang itu sidai begitu. Jika suami saya, asalkan semua sidai sudah.”

Sememangnya pasangan sehati sejiwa itu sangat kelakar orangnya. Ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan warga maya terhibur.

Sumber: TikTok Sarangspider

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article