“Kita Ni Muda Lagi, RM1 Atau RM2 Pun Terima” – Cik B Sedih Tak Dapat Duit Raya, Nak Rasa Kemeriahan Aidilfitri

19 Apr 2024 • 12:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, anak perempuan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kecewa kerana tiada mana-mana saudara atau kenalan memberinya duit raya pada perayaan Aidilfitri.

Cik B terlalu kaya

Kata Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, kebanyakan saudara-mara enggan memberinya duit raya kerana kekayaan yang dimiliki oleh ibunya.

Malah, dia turut memohon orang ramai berhenti daripada memintanya duit raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

Mahu rasa kemeriahan Aidilfitri

Menurut anak sulung DSV itu lagi, dia juga mahu merasai kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu dengan menerima duit raya daripada pakcik atau makcik kerana usianya yang masih muda.

Cik B nak rasa perasaan salam orang dapat sampul raya bukan orang salam Cik B dapat sampul raya. Kita nak rasa jadi budak.

Bahkan, dia turut memberitahu tidak kisah dengan jumlah duit raya yang sedikit memadangkan hanya mahu rasa kemeriahan Aidilfitri serta berlapang dada jika ada yang hanya memberinya sampul raya kosong.

image is not available 3 days ago

(VIDEO) "10 Hari Bayar RM220,000" - Cik B Buat 'Room Tour' Mewah Di Mekah, Ramai Kagum Dengan Kekayaan DSV