“Kita Pernah Lari Dari Siapa?” – Ini Respon Caprice Selepas Syamsul Yusof Dakwa Dia Lari Dari Sharnaaz [Video]

Entertainment
24 Mar 2023 • 11:12 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak beberapa minggu ini, isu keretakan rumah tangga pengarah filem, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana semakin hangat diperkatakan.

Tidak cukup dengan itu, beberapa isu kontroversi bersama artis-artis lain turut terpalit dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Susulan itu, Syamsul telah tampil dalam satu sidang media khas bersama peguamnya bagi menjelaskan setiap isu yang berlaku terutamanya mengenai Aaron Aziz dan juga Farid Kamil.

Tidak ketinggalan, nama Caprice juga disebut oleh Syamsul apabila penyanyi rap itu didakwa menjadi batu api dan orang tengah mengenai isunya bersama Farid Kamil.

Syamsul dakwa Caprice pernah larikan diri semasa Sharnaaz ingin berjumpa

Syamsul juga mengungkit kisah lama Tiger of al Quds itu bersama pelakon Sharnaaz Ahmad dengan mendakwa Caprice pernah melarikan diri semasa Sharnaaz ingin bertemu dengannya.

“Caprice pun satu, jangan bro apa yang kau buat tu macam batu api dalam ‘social media’ hal aku dengan Farid Kamil kau nak jadi orang tengah. Aku tau apa jadi dengan kau bro, kau dengan Sharnaaz. Sharnaaz ada nak jumpa kau, kau gelabah lari. Jangan sampai aku pula jumpa kau.”

Caprice balas respon Syamsul Yusof

Tidak berdiam diri, Caprice dilihat tampil dengan satu hantaran video di laman TikTok miliknya bagi membalas dakwaan Syamsul yang dilemparkan kepadanya.

Dia juga menunjukkan satu klip videonya bersama Sharnaaz di sebuah restoran sambil berbual dan bergelak tawa.

“Kita pernah lari dari siapa? Yeahh you are right bro.” tulisnya di kapsyen.

@tigerofalquds

kita pernah lari dari sape? 😅 yeahh you are right bro.

♬ original sound – CAPRICE TIGER OF Al QUDS – CAPRICE TIGER OF Al QUDS

Video respon dan kenyataan daripada Caprice itu ternyata mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata netizen dilihat menyokong kenyataan yang dikeluarkannya.

Selain itu, segelintir netizen juga mula memberi sokongan kepada Caprice berhubung isu tersebut.

“Sekurang-kurangnya tak lari dari isteri sendiri”

image is not available

“Eh kenapa kali ini aku sokong Caprice”

image is not available

“Balik jumpa mak ayah Sol, cari balik reda insyaAllah tenang hidup kamu”

image is not available

Terdahulu, Syamsul tampil di dalam satu sidang media bagi menjelaskan sebab mengapa Aaron Aziz digugurkan dari membintangi filem The Original Gengster arahannya itu.

Enggan berdiam diri, Aaron Aziz tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di antara dia dan Syamsul Yusof dari sudut perspektifnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Source: