“Kita Rindu Korang” – Penuh Tenaga Dari Awal Hingga Akhir, Peminat Puas Hati Dengan Konsert 2NE1 Di Malaysia

LocalEntertainment
2 Feb 2025 • 10:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 10 tahun, 2NE1 akhirnya kembali menemui peminat di Malaysia!

Pada 1 Februari, 2NE1 telah mengadakan konsert jelajah ‘Welcome Back 2024-25 Tour’ di Kuala Lumpur, bertempat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Membuka pentas dengan lagu ikonik mereka “Fire”, kumpulan itu turut menghiburkan peminat dengan lagu popular mereka yang lain seperti “I Am The Best”, “Falling In Love” dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, Malaysia juga merupakan negara pertama di mana konsert 2NE1 diadakan di stadium luar untuk jelajah kali ini, menambahkan lagi kehangatan persembahan mereka.

Selain itu, peminat juga gembira kerana Park Bom yang kebiasaannya akan meninggalkan pentas di pertengahan konsert kerana masalah kesihatan, kekal bertenaga membuat persembahan sehingga akhir untuk konsert mereka di Kuala Lumpur.

Di penghujung konsert, ahli juga sempat berinteraksi dengan peminat menggunakan Bahasa Melayu dengan berkata “Saya sayang kamu” dan “Kita rindu korang”.

Memang meriah habis semalam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.