“Kita Telan Je La!” – Isu ‘Rider’ Tak Hantar Makanan Sampai Pintu Rumah, Michael Ang Sekolahkan Netizen

14 Sep 2022 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita meluahkan rasa kesal dan sakit hati apabila ‘rider’ tidak menghantar makanan yang dipesan sehingga ke pintu rumah sehingga tercetusnya perbalahan antara kedua-duanya.

Video tersebut telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen malah pengarah terkenal, Michael Ang turut tampil memberikan sedikit pendapat mengenai perkara itu.

Kata Michael, tak semua ‘rider’ berkelakuan seperti itu dan dia sangat menghormati para penghantar makanan terutamanya mereka yang bertungkus lumus bekerja ketika hari hujan

I rasa tak semua lah, ada-ada je rider macam tu. Based on my experience 20 kali guna, ada lah satu perangai macam tu.

Dalam pada itu, Michael juga sempat memberi pesanan kepada netizen agar tidak menyamakan setiap orang dalam sesuatu situasi.

Ujarnya, jikalau sesuatu perkara itu tidak mendatangkan kesan dan impak yang buruk dalam hidup, eloklah diabaikan dan hadap sahaja tanpa perlu menghentam sesiapa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersependapat dengan Michael Ang dan berharap agar setiap insan menanam sifat empati dalam diri masing-masing.

Mereka dah mudahkan kita jadi jangan lah kita susahkan mereka pula. Segelintir saja yang mungkin bermasalah tapi kebanyakan ok. – netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

“Sentiasa Berdiri Teguh Di Sisi..” - Yusof Haslam Tak Putus Beri Kata Semangat, Netizen Anggap Puteri Sarah Beruntung