Kita tiada ruang ulangi kegagalan sama! Rakyat tuntut tindakan, bukan alasan – PM Anwar

LocalPolitics
24 Jun 2025 • 12:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak boleh lagi membiarkan kelewatan pelaksanaan projek dan kerenah pentadbiran yang telah lama membelenggu sejak era 1980-an terus berlaku.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bil. 1/2025 yang meneliti tiga perkara utama iaitu hasil Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri, penambahbaikan pelaksanaan projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), serta pelaksanaan sekolah vertikal di bandar-bandar utama.

Tiada ruang ulangi kegagalan sama

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Kita tidak punya ruang untuk mengulangi kegagalan yang sama. Masa tidak menunggu kita, dan rakyat pula menuntut tindakan, bukan alasan,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan MADANI mesti bertindak lebih proaktif, cekap dan berfokus kepada penyelesaian tuntas, dengan memastikan setiap sen peruntukan Rancangan Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat.

Beliau turut mengarahkan supaya segala isu teknikal yang melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, ICU Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri, serta agensi pelaksana dan pemilik projek, diselesaikan segera menerusi Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Tiada ruang ulangi kegagalan sama

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Dalam mesyuarat itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan menekankan keperluan mendepani realiti pembangunan bandar yang semakin padat, terutamanya dari sudut penyediaan prasarana pendidikan.

Sebagai langkah penyelesaian, kerajaan memperkenalkan model sekolah vertikal di lokasi seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang melalui pendekatan baharu yang bakal dilaksanakan dengan kerjasama rapat antara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pendidikan bersama pemaju swasta.

“Inisiatif ini akan memastikan akses kepada pendidikan berkualiti kekal terjamin buat anak-anak warga kota walau di tengah keterbatasan ruang,” ujar Anwar.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim

View Original Article