'Kita tidak boleh lari daripada naturalisasi, warisan' - Nidzam

LocalFootball
29 Jan 2025 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nidzam

image is not available
Nidzam (kanan) bersama Rosli selepas majlis pelancaran berkenaan pada Selasa.

PEMAIN tempatan perlu memiliki mental yang kuat untuk berdaya saing dengan pemain warisan dan naturalisasi dalam era bola sepak moden.

Malah, bekas pemain pertahanan negara, Nidzam Jamil menegaskan pemain tempatan tidak seharusnya berasa gerun dengan kehadiran mereka.

Tegasnya, fenomena baharu yang melanda ekosistem bola sepak dunia itu juga perlu dilihat sebagai satu persaingan yang sihat dalam usaha memajukan skuad Harimau Malaya.

“Sejujurnya, kita tidak boleh lari daripada isu naturalisasi sebab telah banyak negara dalam dunia sudah menggunakan kaedah sama.

**media[2986346]**

“Saya rasa ini satu cabaran buat semua pihak untuk mewujudkan persiapan lebih baik. Ini juga cabaran bukan hanya mengenai pemain tapi juga kepada jurulatih.

“Sekiranya pemain tempatan kita mengaku kalah begitu saja, secara tidak langsung menunjukkan mental kita tidak cukup kuat untuk bersaing,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku 'Bola Mental karya bekas pemain kebangsaan, Rosli Hussein di Stadium UM Arena, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada masa sama bekas pengendali kelab Liga Super, Selangor FC itu berharap penambahan pemain warisan dan naturalisasi tidak hanya akan memberi impak positif kepada pasukan negara tetapi juga kelab.

“Perkembangan ini juga perlu diterima dengan hati terbuka dan maklumbalas positif tidak hanya untuk peningkatan karier pemain muda tetapi juga perjalanan kelab dalam saingan liga,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved