
TAWAU: Negeri ini wajar rasa ‘dengki’ dengan Sarawak yang stabil dan tidak pernah bertukar kerajaan sehingga mereka jauh mendahului Sabah, khususnya dari segi pembangunan, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Justeru, katanya, rakyat Sabah perlu menyedari manfaatnya jika negeri ini terus ditadbir parti pemerintah yang 100 peratus parti tempatan.
“Kita (menerusi Gabungan Rakyat Sabah - GRS) harus terus bersama dengan rakan seperjuangan iaitu parti tempatan Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai Blok Borneo yang kuat.

