Kita Yang Alpa, Penjenayah Selalu Peka

4 Apr 2024 • 1:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar penjenayah yang melarikan diri dengan menaiki motosikal ditunggang rakannya sebelum ia disedari pemilik kenderaan. - gambar media sosial

Sikap peka dan sedar keadaan sekeliling seharusnya menjadi amalan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah.

Ini kerana, penjenayah sering memasang mata dan telinga, mencari peluang untuk melakukan perbuatan jahat.

Apa yang terjadi di sebuah stesen minyak di Inanam, Sabah, seharusnya menjadi tauladan kepada semua bahawa ada dalam masyarakat, penjenayah yang mencari peluang untuk mencuri.

Tindakan seorang pemilik kenderaan tidak mengunci kenderaan ketika mengepam angin pada tayar keretanya, menyebabkan harta bendanya dilarikan penjenayah.

Bagi mengaburi mata orang ramai, seorang daripada penjenayah itu berjalan mendekati kenderaan berkenaan ketika pemiliknya sedang leka sebelum membuka pintu kereta dan melarikan barangan berharga.

Kejadian berkenaan sempat dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang berada di pam minyak. – Getaran, 4 April 2024

@getaranmy Mereka yang ada niat tak baik ni memang sentiasa perhatikan gerak-geri bakal mangsa! Kejadian di sebuah stesen minyak di Inanam, Sabah. #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved