KJ Bakal Bentang Akta Haramkan Semua Alat Merokok, Seru Rakyat Sokong Untuk Diluluskan

25 Jul 2022 • 3:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KJ Bakal Bentang Akta Haramkan Semua Alat Merokok, Seru Rakyat Sokong Untuk Diluluskan

Satu akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan dibentangkan di Parlimen pada minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menerusi media sosial miliknya sebentar tadi.

“Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu hari nanti satu generasi tidak kenal apa itu rokok. Tidak mustahil ini boleh berlaku.

“Minggu depan, satu akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan saya bentangkan di Parlimen,” katanya.

Tambahnya, matlamat akta yang dipanggil sebagai Generational Endgame (GEG) ini adalah untuk mewujudkan generasi baharu Malaysia yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyuarakan pandangan berkaitan GEG ini sekaligus memainkan peranan untuk akta ini diluluskan.

“Sokongan anda mampu melahirkan generasi yang lebih sihat,” ujarnya.