KJ kongsi pengalaman di KBS dengan Hannah

Politics
23 Dec 2022 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hannah berkongsikan gambar duduk semeja dengan Khairy di laman Instagramnya pada Jumaat.

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengadakan satu pertemuan santai bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut Hannah, pertemuan tersebut adalah bagi mendengar idea, pandangan dan pengalaman Khairy semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

Hannah berkongsikan gambar kedua-dua mereka duduk semeja di laman Instagramnya pada Jumaat.

“Perjumpaan bersama Khairy untuk mendengar idea, pandangan dan pengalaman beliau semasa di KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

“Terima kasih kerana meluangkan masa. Saya percaya kepada kepimpinan inklusif terutamanya untuk portfolio seperti belia dan sukan,” ujarnya.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula 2013 hingga 2018 sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Hannah pula dilantik memegang portfolio tersebut pada 2 Disember lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved