KJ sahkan akan ke Sabah -“Permintaan daripada kawan lama”

LocalPolitics
15 Nov 2025 • 12:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan bahawa beliau bakal turun padang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

KJ sahkan akan ke Sabah bantu kawan lama

Memetik laporan daripada Berita Harian,  bekas Menteri Kesihatan itu menegaskan kehadirannya dibuat atas dasar persahabatan meskipun status kemasukan semulanya ke dalam UMNO masih belum dipastikan.

“Ya, saya akan turun (ke Sabah). Saya ada menerima jemputan dan permintaan daripada kawan-kawan lama yang pernah bersama saya dalam Pemuda dahulu,” katanya ketika ditemui selepas Larian Keluarga Malaysia 2025, yang turut dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

image is not available

Kredit foto: Berita Harian 

KJ sahkan akan ke Sabah sebab terima jemputan

Mengulas soal penyertaannya semula dalam UMNO, KJ menjawab ringkas dengan menyatakan dirinya belum menerima sebarang maklumat berkaitan hal itu.

 “Belum lagi, saya pun belum menerima apa-apa (makluman),” ujarnya.

image is not available

Sebelum ini, sumber menyebut KJ berpotensi kembali menyertai UMNO selepas kembali bertemu dengan para pimpinan tertinggi pada sebuah majlis perkahwinan di Perlis pada hujung Oktober.

image is not available

Artikel lain: PM Anwar terkejut khabar angin KJ akan kembali ke kabinet -“Siapa beritahu?”

Malah, pengalaman serta hubungan lama beliau dengan beberapa calon yang diketengahkan di Sabah menjadi faktor mengapa kehadirannya dinantikan dalam kempen kali ini.

Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)