Mangsa banjir di Selangor meningkat 293 orang

26 Oct 2019 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor meningkat kepada 293 orang setakat jam 8 pagi ini daripada 133 pada malam tadi.

Jurucakap Smart Selangor Command Center (SSCC) berkata, PPS Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields yang menempatkan 91 mangsa daripada 24 keluarga manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang menempatkan 164 mangsa daripada 46 keluarga.

"Mangsa di PPS Balai Raya Jaya Setia pula dipindahkan ke SK Jaya Setia pada jam 9.30 malam semalam dan menempatkan seramai 38 mangsa banjir daripada 10 keluarga," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, hujan lebat pada petang semalam menyebabkan paras air banjir di beberapa kawasan meningkat antaranya di Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya dekat sini.

"Di Parit Mahang pula paras air banjir di sana meningkat setinggi 0.60 meter berbanding 0.30 meter pada malam tadi akibat limpahan air dari Sungai Buloh," katanya.

Tambahnya, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor menyediakan sebuah pam berdekatan sungai berkenaan untuk menyedut air dari sungai itu untuk mengelakkan banjir bertambah buruk. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved