KJFC yakin bangkit di hadapan peminat sendiri

Football
25 Jun 2022 • 9:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemain Kinabalu Jaguar FC (KJFC) digesa mempamerkan aksi terbaik pada pertembungan teratas liga M3 menentang Armed Forces FC di Stadium Likas petang ini (Sabtu).

KJFC kini berada di tangga teratas kumpulan A dengan 29 mata manakala lawan mereka di tempat kedua dengan 25 mata.

Ketua jurulatih Mohd Aiyyman Shah Johny berkata pemain mesti bangkit daripada kekecewaan mereka dalam keputusan seri 2-2 dengan FC Langkawi minggu lepas.

“Saya tidak mahu pemain hilang fokus akibat keputusan seri mengecewakan menentang pasukan tercorot dalam perlawanan kami sebelum ini.

“Mereka perlu berada pada tahap terbaik untuk memastikan kami boleh mendapatkan mata maksimum bagi mengukuhkan kedudukan kami di puncak.

“Saya juga amat yakin pemain akan dapat mempamerkan prestasi uamh sepatutnya kerana mereka sentiasa bermain dengan baik di hadapan penyokong tuan rumah walaupun Angkatan Tentera ketika ini berada pada tahap terbaik dengan tujuh kemenangan berturut-turut,” katanya.

Sementara itu, pengerusi eksekutif KJFC Dato’ Verdon Bahanda ketika dihubungi pada Jumaat berkata beliau menjangkakan perlawanan yang sengit.

“Saya percaya ia akan menjadi sangat sukar untuk pemain. Saya difahamkan bahawa Armed Forces FC adalah pasukan yang lebih baik dengan beberapa pemain pinjaman dari Liga Super.

“Namun, dengan sokongan penyokong di tempat sendiri saya yakin pemain boleh membuahkan keputusan positif pada perlawanan esok.

“Mereka sentiasa memberikan permainan terbaik di sini di Stadium Likas yang telah membawa kami ke puncak carta dan diharapkan mereka akan terus fokus dan mengikut arahan jurulatih untuk memastikan kami akan mendapat satu lagi kemenangan,” katanya.

11 pemain yang mungkin akan memulakan perlawanan ialah Mohd Sakri Masri di gawang dengan kapten Jenius Karib, Mohd Rozaily Akhmad, Ranilson Batuil, Mohd Izzat Aziz di pertahanan.

Mohd Azmizan Ruslih, Sabri Sahar, Mohd Aidil Safee, Leopold Alfonso Otong di bahagian tengah manakala penyerang ialah Mohd Faqhrurazi Ahmad dan Shafie Talib.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.