KK Mart, bekas pembekal akan didakwa esok

25 Mar 2024 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KK Super Mart dan bekas pembekalnya, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Selasa, berhubung penjualan stoking bertulisan kalimah ALLAH, baru-baru ini.

SHAH ALAM - KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan bekas pembekalnya, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, berhubung penjualan stoking bertulisan kalimah ALLAH, baru-baru ini.

Ia selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendapat kebenaran untuk memulakan pendakwaan bagi kes yang tular berikut.

Difahamkan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 109 dan 298 Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung kewujudan stoking memaparkan kalimah ALLAH yang dijual di kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart.

Pengendali KK Super Mart kemudian memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Bagaimanapun penjualan stoking itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang meluahkan rasa murka atas insiden berkenaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28