KKD: Berita palsu tular 10 Ogos

10 Aug 2023 • 7:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Berikut penafian berita tular di media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah berjaya menangkap seorang daripada 1.2 juta pelancong dari China yang hilang daripada komputer Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang ingin berdaftar sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti yang tular di media sosial.

SPR menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu dan orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihannya dan sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved