KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir

LocalPolitics
24 Sep 2023 • 7:38 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

BUTTERWORTH - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa musim tengkujuh yang boleh mengakibatkan bencana alam seperti banjir.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata peranan KKD semasa banjir adalah untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan supaya usaha menyelamat dan bantuan segera kepada mangsa banjir berjalan lancar.

"Kementerian sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan memohon pengguna membuat aduan sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terjejas banjir,” katanya kepada Bernama selepas majlis perjumpaan dengan sayap pemuda DAP Pulau Pinang, di sini hari ini.

Teo, yang juga Ketua Wanita DAP Kebangsaan, berkata beliau akan teruskan jelajah berjumpa dengan semua ahli pemuda DAP di setiap negeri untuk mendengar pandangan dan isu berkaitan mereka.

Pulau Pinang merupakan persinggahan keempat dalam siri jelajah beliau selepas Lembah Klang, Melaka dan Sarawak.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk mereka mengutarakan sebarang isu atau pandangan supaya jawatankuasa kebangsaan parti boleh ambil maklum," katanya. - 24 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved