KKD Jumpa Pihak TikTok Berhubung Kandungan Palestin Disekat

Politics
25 Oct 2023 • 11:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Komunikasi Digital (KKD) akan jumpa pihak TikTok berhubung isu kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel pada Khamis ini.

KKD jumpa pihak TikTok

image is not available

Foto: Buletin TV3

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu akan diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk TikTok, lapor Bernama.

Beliau berkata pertemuan itu akan membincangkan dakwaan TikTok menyekat kandungan mengenai konflik Palestin-Israel di platformnya.

“Saya lihat TikTok sudah mula ‘cuak’ kerana kita akan bertemu dengan syarikat induk mereka,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin, semalam.

image is not available

Foto: Free Malaysia Today

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan terhadap dakwaan pengguna media sosial bahawa TikTok memadam kandungan yang mempunyai perkataan Hamas dan beberapa perkataan lain.

Disamping itu, beliau turut mengulas himpunan pada malam itu sangat memberangsangkan dengan lebih 15,000 orang hadir sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

“Kehadiran yang baik ini saya harap akan jadi pencetus dan memberi semangat kepada seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Fahmi turut memberi peringatan kepada mana-mana individu yang mahu memberikan sumbangan untuk memastikan agensi atau badan tersebut diiktiraf.

“Kita risau tindakan scammer atau pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meraih dana dan kita tidak tahu dana itu pergi ke mana,” jelasnya.

Sumber: Bernama