KKD : Syarikat Telekomunikasi Menyediakan Kuota Internet Tambahan Dan Pulangan Tunai Bersempena Hari Raya

TechnologyDigital
18 Apr 2023 • 4:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Minggu lepas, Menteri Komunikasi dan Digital telah mengacah sebuah pengumuman khas untuk para pengguna pelan prabayar. Selari dengannya, hari ini, ia diumumkan syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menawarkan kuota internet tambahan percuma bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

Setiap syarikat telekomunikasi menyediakan penawaran berbeza mengikut pelan masing-masing.

image is not available

Sebagai contoh, Maxis menawarkan bonus 100GB dengan pelan internet HotlinkMU, Yes pula dengan bonus data 44GB, serta lain-lain.

Beberapa promosi syarikat telekomunikasi ini juga adalah yang telah sedia dilakukan sejak sebelum ini, dan bukan khusus diumumkan untuk minggu ini.

Apa pun, ia agak menarik untuk melihat semua syarikat telekomunikasi terlibat dan mengumumkan penawaran ini bersama-sama dengan pihak Kementerian.