KKDW akronim Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah: Zahid

9 Dec 2022 • 8:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri bagi kementerian berkenaan berkata nama kementerian tersebut dalam Bahasa Inggeris pula ialah Ministry of Rural and Regional Development.

“Bagaimanapun, visi, misi dan fungsi kementerian masih kekal, iaitu melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan bukan sahaja infrastruktur malah sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid berkata KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan dalam meneruskan dan merealisasikan agenda serta program teras di bawah kementerian itu, bagi memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosio-ekonomi seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara. - Bernama