
KETIKA 2024 bakal melabuhkan tirainya esok (Rabu), beberapa persatuan seni di negeri ini telah bersiap sedia menyambut tahun baharu.
Bagi Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA), Presidennya Chester Pang berkata mereka menutup tahun ini dengan berita baik daripada Perbadanan Pelancongan Sabah (STB), yang bersetuju menjalinkan kerjasama strategik untuk memajukan sektor perfileman di Sabah.
Advertisement“Awal tahun depan, KKFVA dan STB dijangka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjadikan Sabah sebagai hab pelancongan filem.
“KKFVA juga akan bekerjasama dengan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (Scenic) untuk menganjurkan lebih banyak program dan latihan, antranya, Pameran Filem Sabah dan Persidangan Kreatif Sabah,” katanya kepada Hiburan Ekspres.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Chester menambah, KKFVA juga akan memulakan jaringan kreatif dengan negara jiran melalui Kawasan Pertumbuhan Asean Timur – Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), dengan sasaran awal Brunei, Kalimantan dan Mindanao.
“Di peringkat domestik, kami akan terus memperjuangkan penglibatan sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga kerja tempatan untuk produksi luar yang menjalankan penggambaran di Sabah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami juga akan mendesak Jabatan Ketua Menteri (JKM) melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDN&P) supaya mengeluarkan garis panduan kepada produksi luar, seperti yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) melalui Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).
“Bermula tahun depan juga, KKFVA akan menyediakan pangkalan data ahli berdasarkan gred kemahiran dan pengalaman untuk membantu produksi, sama ada untuk program TV atau filem cereka,” jelasnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Selain itu, katanya, pada 2025 KKFVA akan menyertai sekurang-kurangnya dua pasaran filem antarabangsa.
“Untuk tahun depan, kami akan bermula di Hong Kong Filmart yang akan diadakan pada Mac bagi membawa produk kandungan dari penerbit-penerbit Sabah untuk mencari ejen dan pengedar.
“Ini adalah untuk memasarkan filem-filem tempatan sedia ada dan membuka peluang baharu untuk penerbit di Sabah supaya tidak hanya bergantung dengan tayangan di pawagam tempatan.
“Ini susulan kejayaan kami menyertai dan membawa filem-filem tempatan ke Tokyo International Film Festival (TiFFCOM) 2024 pada Oktober lalu,” katanya.
Mengenai harapannya terhadap perkembangan industri filem pada 2025, Chester berkata mereka berharap Kerajaan Negeri mengiktiraf ekonomi kreatif digital sebagai industri yang bakal menyumbang kepada ekonomi negeri dan peluang pekerjaan dengan mewujudkan jabatan atau agensi untuk mengawal selia perkembangan industri perfileman di Sabah.
“Antaranya ialah dengan menyediakan infrastruktur sokongan seperti Pusat Sehenti untuk permohonan permit penggambaran dari semua agensi Kerajaan, Perkampungan Filem, dana penggambaran dokumentari Sabah (North Borneo) dan insentif kewangan penggambaran untuk syarikat dari luar negara yang membuat penggambaran di Sabah.
“Kami turut berharap peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) RM65 juta dan RM30 juta untuk menganjurkan program Belia Kreatif Madani yang diumumkan dalam Belanjawan Madani 2025 diagihkan secara adil ke Sabah.
“Dengan adanya sokongan kewangan ini, KKFVA dapat mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran pekerja belakang tabir dan pelakon mengikut kesesuaian produksi semasa.
“Kami juga boleh membantu pembikin filem Sabah menghasilkan kandungan yang bertaraf antarabangsa bukan sahaja dari segi naratif tetapi audio dan visual yang berkualiti,” katanya.


