KKM: 327 sampel positif HMPV dikesan tahun lalu, bukan penyakit baru

4 Jan 2025 • 1:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 JAN: Sebanyak 327 sampel positif virus ‘human metapneumovirus’ (HMPV) dikesan sepanjang 2024, meningkat berbanding 2025 pada 2023.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, HMPV adalah jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.

“Ia bukanlah satu penyakit baru dan di negara ini jangkitan HMPV tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

“Bagaimanapun jangkitan saluran pernafasan akan terus wujud dalam komuniti dan kita perlu sentiasa berwaspada menghadapinya,” kata KKM dalam kenyataan hari ini.

Justeru orang ramai dinasihat menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitannya kepada orang lain terutama di kawasan tertutup dan sesak.

  • BERITA LANJUT MENYUSUL

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved