KKM: 73 kes penyakit akibat cuaca panas direkodkan setakat ini

LocalHealth & Fitness
7 Jul 2026 • 4:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KKM: 73 kes penyakit akibat cuaca panas direkodkan setakat ini

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Sebanyak 73 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga hari ini, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Hazlina Yahaya.

Dr Hazlina berkata daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 59 kes melibatkan kelesuan haba, enam kes strok haba exertional, empat kes strok haba classical serta masing-masing dua kes hiperpireksia (demam panas melampau) semasa berpantang dan kekejangan haba.

"Kumulatif kes kematian kekal empat kes, iaitu dua lelaki dewasa berusia 42 tahun di Pulau Pinang dan 22 tahun di Kedah serta dua kanak-kanak berusia dua tahun di Negeri Sembilan dan empat tahun di Perak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kesiapsiagaan dan respons KKM dalam menghadapi cuaca panas dan gelombang haba pada Sesi Libat Urus Bersama Media: Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2026 di Puchong dekat sini, hari ini.

Dr Hazlina berkata fasiliti kesihatan awam telah bersiap siaga dari segi sumber manusia, kemudahan rawatan dan bekalan perubatan bagi memastikan rawatan dapat diberikan dengan segera dan berkesan.

Selain itu, KKM turut mempergiat aktiviti pendidikan kesihatan, advokasi serta penyampaian maklumat kepada orang ramai, terutamanya golongan berisiko tinggi termasuk masyarakat Orang Asli.

"KKM turut menjalankan aktiviti advokasi tindakan menghapuskan tempat berisiko pembiakan nyamuk serta advokasi rawatan awal sekiranya mempunyai gejala," katanya.

Beliau berkata pemantauan kes penyakit berkaitan haba direkodkan bagi mengenal pasti serta melindungi golongan berisiko tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved