KKM Arahkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Dihentikan Serta-Merta

30 Jul 2024 • 10:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ubat batuk

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah meminta supaya semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk ais krim Yang dicampurkan dengan ubat batuk Pei Pa Koa untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut bagi tujuan keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

Menurut KKM, orang ramai perlu berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan yang tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.

image is not available

Untuk pengetahuan korang, ubat batuk Pei Pa Koa adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM, di bawah kategori Tradisional, dengan nombor pendaftaran MAL06061564T yang digunakan untuk melegakan sakit tekak dan batuk yang mana kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi
RM 20,000 atau penjara selama tempo tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. – KKM

Selain itu, KKM juga meminta semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut.

image is not available

Jap!