
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui individu yang merokok mahupun menghisap rokok elektrik atau vape sentiasa dinasihatkan untuk berhenti. Ini kerana ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan seperti jangkitan pada paru-paru dan sebagainya.
Namun selagi nyawa masih belum diancam, mereka yang menghisap vape ini hanya mengambil nasihat dan saranan tersebut seperti angin lalu.
Bebas kos rawatan kerana vape mencecah hingga RM369 juta
Terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan beban kos rawatan kesihatan serta ekonomi disebabkan penyakit berkaitan rokok elektronik itu dianggarkan mencecah sekitar RM369 juta setahun.
Jumlah kos tersebut adalah jauh melebihi daripada jumlah hasi duti eksais daripada produk vape yang dikutip oleh pihak kerajaan.
Walau bagaimanapun, kata KKM kutipan hasil duti eksais yang diambil daripada rokok elektronik tersebut bukan justifikasi bagi membenarkan penjualan produk terbabit di pasaran.
Jumlah hasil duti eksais setiap tahun meningkat
“Bagi tempoh pelaksanaan duti eksais terhadap produk rokok elektronik atau vape, jumlah kutipan yang direkodkan adalah sebanyak RM80.32 juta pada 2023, meningkat kepada RM111.14 juta pada 2024 dan RM118.93 juta pada 2025.
“Bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Jun tahun ini, kutipan direkodkan bernilai RM44.11 juta, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan duti eksais adalah sebanyak RM354.51 juta,” ujar KKM.
KKM memberi jawapan itu dalam satu kenyataan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Dewan Negara pada 28 Julai.
Jawab bertulis itu adalah untuk menjawab soalan daripada Senator Robert Lau Hui Yew mengenai cadangan pengharaman, jumlah kutipan hasil cukai serta justifikasi kebenaran bagi penjualan vape ekoran risiko kesihatan yang semakin tinggi.
KKM
sedang teliti cadangan untuk harapkan vape jenis berbotol
Bukan hanya itu, KKM juga kini sedang memperkukuh kawalan ke atas produk yang berisiko tinggi dan ini termasuk meneliti cadangan untuk mengharamkan vape jenis berbotol.
Perkara itu ekoran risiko tinggi vape jenis berkenaan dicampur dengan dadah serta bahan terlarang.
Dinilai berdasarkan saintifik, data semasa dan kepentingan kesihatan awam
KKM turut menyatakan sebarang keputusan rasmi termasuk cadangan pengharaman yang lebih menyeluruh terus dinilai berdasarkan bukti dengan cara:
- Saintifik
- Data semasa
- Kepentingan kesihatan awam
Kata kementerian itu lagi, kerajaan turut memberikan tumpuan penuh terhadap pelaksanaan serta penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang menyediakan kerangka kawal sela komprehensif ke atas semua produk merokok termasuk vape.
Keutamaan diberikan kepada penguatkuasaan Akta 852
KKM juga memaklumkan keutamaan juga diberikan kepada penguatkuasaan Akta 852, di mana ia khusus untuk melindungi orang yang belum dewasa (OBD), iaitu mereka berusia bawah 18 tahun.
“Hal ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13(1) yang melarang penjualan produk merokok kepada OBD, Seksyen 13(3) melarang pembelian oleh OBD, serta Seksyen 17 yang melarang penggunaan mana-mana produk merokok oleh golongan berkenaan.”
Kementerian tersebut juga menjelaskan pendekatan kawal selia yang tegas melalui Akta 852 dan ia bertujuan:
- Untuk mengurangkan akses
- Penggunaan produk merokok
Perkara itu untuk memastikan perlindungan kesihatan awam, terutama dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.





