KKM Kesan 31 Kes Disyaki Mpox, 25 Disahkan Negatif

26 Aug 2024 • 4:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 31 kes disyaki cacar monyet atau Mpox sehingga semalam di mana 25 kes telah disahkan negatif, manakala enam masih dalam pemantauan.

image is not available

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada kes baharu membabitkan Mpox dilaporkan.

image is not available

“Kes Mpox kekal sembilan kes dari Disember 2023 hingga sekarang, tiada kes baharu (dilaporkan),” katanya.

Dzulkefly berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaham (MoU) antara KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024