KKM nafi kurang doktor di hospital, proses penempatan sedang dilaksana

1 Jul 2022 • 7:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Krisis kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) adalah tidak berbangkit, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini menjelaskan mengenai isu surat dari HKL yang tular berkaitan kekurangan pegawai perubatan di kedua-dua hospital itu berikutan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL bermula 18 Julai.

“Selaras dengan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL dan HTA pada 18 Julai 2022, KKM juga merancang pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM urusan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL adalah prosedur biasa bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa.

“Untuk makluman, surat yang dikeluarkan oleh pengurusan HKL itu bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved