KKM Sahkan Kluster Tibi Di Kota Tinggi, 33 Kes Positif Dikesan

LocalHealth & Fitness
5 Feb 2026 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis (tibi) di Kota Tinggi yang dikenal pasti pada 25 Januari lalu, dengan sebanyak 33 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Februari.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pasukan KKM kini berada di lapangan dan sedang melaksanakan tindakan agresif bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Advertisement

image is not available

“Kesemua pesakit yang dikesan positif telah menerima rawatan dan sedang dipantau rapi oleh pihak KKM,” katanya menerusi hantaran di laman X lewat malam tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu kematian dilaporkan dalam kluster berkenaan, namun mengesahkan kematian itu bukan disebabkan oleh jangkitan tibi.

Menurut Dzulkefly, KKM kini berada dalam keadaan kesiapsiagaan tinggi, dengan langkah pengesanan kes secara aktif atau Active Case Detection diteruskan bagi memastikan keselamatan komuniti setempat.

Dalam masa sama, penduduk sekitar yang mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, demam atau berpeluh pada waktu malam diminta supaya segera menjalani saringan kesihatan dan tidak menangguhkan pemeriksaan sehingga keadaan menjadi lebih serius.

image is not available

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Untuk makluman, penyakit tibi atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang merebak melalui udara terutama kepada kontak rapat.

Antara gejala tibi termasuk batuk berpanjangan, penurunan berat badan ketara, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam serta batuk berdarah. Penyakit ini boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya melalui rawatan berkesan dengan tempoh rawatan minimum selama enam bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-03 16:54:30

Pempengaruh Media Sosial Ditahan Polis, Didakwa Merog*l Dua Remaja

The post KKM Sahkan Kluster Tibi Di Kota Tinggi, 33 Kes Positif Dikesan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.