KKM sasar bentang semula RUU kawalan produk tembakau

21 Feb 2023 • 8:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan, tahun depan.

Menerusi jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, KKM memaklumkan telah membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lepas.

Ia bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan mengenai garis masa kementerian untuk menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Rang undang-undang itu telah digubal dengan bacaan kali pertama serta kedua dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-14 pada Ogos 2022.

Bagaimanapun, rang undang-undang berkenaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut.

Menurut KKM pembentangan rang undang-undang itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved