KKM sedia pertimbang ambil jururawat luar negara

LocalHealth & Fitness
11 Nov 2025 • 3:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia mempertimbangkan pengambilan jururawat dari luar negara sekiranya wujud permintaan untuk mengisi kekurangan tenaga kerja di hospital awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata terdapat beberapa syarat ketat yang perlu diteliti termasuk aspek kemahiran, keupayaan klinikal serta keselamatan sebelum jururawat asing dibenarkan berkhidmat di negara ini.

“KKM tidak menolak usaha atau pilihan untuk mempertimbangkan kemasukan jururawat dari luar negara.

“Syaratnya ialah memastikan tahap keupayaan klinikal, kemahiran, standard perkhidmatan, keselamatan serta kecekapan dipenuhi, termasuk soal budaya dan bahasa,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai kesediaan kerajaan mengambil jururawat asing, khususnya dari Indonesia, bagi mengisi kekosongan jawatan di hospital awam.

Dzulkefly menjelaskan setakat ini, KKM belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana negeri berhubung perkara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved