KKM Sentiasa Bersedia Hadapi Ancaman Penyakit X

25 Sep 2023 • 5:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.

WHO beri amaran tentang penyakit X

Memetik laporan dari Sinar Harian, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa menyatakan yang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberikan amaran kepada negara-negara sekiranya terdapat ancaman berkenaan.

“Ia dinamakan X kerana masih belum diketahui penyakit yang sebenar, namun kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia hadapi kemungkinan pandemik ini.

“Semasa saya menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, isu penyakit X ini tidak dibincangkan antara Menteri Kesihatan lain.

“Namun, di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan,”katanya.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Lagi ‘seram’ dari Covid-19

Perkara itu disampaikan beliau ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Wad Tambahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Terdahulu, menerusi berita-berita tempatan, pakar kesihatan global percaya ancaman pandemik besar seterusnya semakin hampir dan boleh meragut sehingga jutaan nyawa berbanding Covid-19.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Ia digelar sebagai penyakit X oleh WHO dan dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa saja.

Oleh itu WHO menyarankan penyediaan segera vaksin sebagai tindak balas cepat setelah dunia berada pada situasi ‘tidak bersedia’ ketika menghadapi Covid-19 pada awal 2020.

Sumber: Sinar Harian ( Siti Aisyah Mohamad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved