
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi segala kemungkinan, berhubung kewujudan Penyakit X di negara ini, kata Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni.
Lukanisman berkata persediaan itu antaranya, berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik Covid-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) sebelum ini, malah jelasnya penyakit berkenaan belum lagi dikenal pasti kewujudannya.
Beliau berkata KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
“Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum,” katanya ketika ditemui selepas program ‘Lotus’s Ceria Charity Run’ di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Sementara itu Lukanisman berkata kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dilaksanakan pada September setiap tahun itu, merupakan antara inisiatif KKM mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.
Beliau berkata penganjuran kempen itu juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik khususnya melibatkan pihak swasta dan ia seiring dengan salah satu strategi dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen Jun lalu.

