KKM Siasat Kes Keracunan Makanan Babit Remaja Dan Kanak-Kanak Meninggal Dunia

11 Jun 2024 • 4:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan terhadap kes keracunan makanan yang telah meragut dua nyawa membabitkan seorang remaja dan kanak-kanak di Gombak, Selangor, semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni menyatakan bahawa kes terbabit masih dalam semakan pihak kesihatan awam dan ia akan diberitahu menerusi kenyataan daripada KKM kelak.

image is not available

Foto: The Sun

“Kes ini akan dijawab oleh (pihak) kesihatan awam dan pihak ibu pejabat (KKM) akan mengeluarkan kenyataan.

“Perkara itu masih dalam semakan dan siasatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir menyatakan bahawa terdapat seorang remaja lelaki, 17, dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan dua hari selepas dikatakan menjamah bihun dan telur goreng yang telah tercemar.

image is not available

Foto: Gambar Hiasan

Difahamkan, mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai makan makanan ibunya yang dibawa pulang dari satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, Selangor.

Sumber : Kosmo! Online (Norhafizan Zulkifli)