
Kota Kinabalu: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan inisiatif meningkatkan bilangan pengambilan jururawat pelatih daripada 1,000 kepada 2,000 orang bermula tahun ini, sebagai usaha memastikan jururawat berdaftar memenuhi keperluan industri, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Selain itu, moratorium pengambilan diploma kejururawatan untuk kolej swasta ditarik balik bagi membolehkan kolej swasta menerima semula pelajar kejururawatan, menangani kekurangan, terutama dengan hospital dan klinik baharu yang dibuka di seluruh negara.
“Sekarang ini kami tidak cukup pekerja kerana lebih banyak hospital dan klinik sedang dibina. Kami masih bertungkus-lumus untuk mengisi semua jawatan,” katanya semasa Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Tahun 2024 Zon Sabah di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, di sini, Sabtu. Support Independant Journalism Subscribe to Daily Express Malaysia 1-Year: Premium PlanRM180.00 / yearSubscribe Already a subscriber? Unlock this Article, Sign In Here



